Monday, October 5, 2009

terima kasih bro....

Malam ni seperti biasa la memang tugas gua kena hantar adik gua ke stesen bas kat pekan. Tak kira siang atau malam, terik atau ribut taufan, gua mesti kena pegi punya. Adik gua ni bukan boleh, kalau tak pegi ambil atau hantaq, dia mesti mintak hutang ngan gua..

kah.kah.kah..jangan harap gua nak bayar..!!

"hoi..!! tidoq lagi ka..?? bangun-bangun!! hantaq aku..!!" adik....

Dengan bermuka seposen, gua pun bangun dan terus menyarungkan baju uptown kegemaran gua...

***

Jam menunjukkan pukul 10.45 malam. Awal lagi kot..!! bas yang dijanjikan pukul 11 malam. uh..kalut saja...!! nak sambung tidur pu dah tak mood dan tak ada selera nak tidur..nak berak pun dah tak dak selera.

***

Dalam perjalanan ke stesen bas, gua ngan adik gua tak banyak cerita pun. Abeh kuat pun kami sama-sama melalak nyanyi lagu yang diputarkan radio Hot fm dan ada la sikit-sikit gosipnya artisnya. Gua kan suka bergosip. Gua menghabiskan 5 batang rokok sementara nak sampai ke stesen bas..kah.kah.kah..

amacam..?? power tak..???

Yang adik gua pulak menghabiskan 5ringgit kredit henfonnya bersms dengan sapa pun gua tak taw.



***

Satu hal pulak, tunggu punya la lama kat stesen bas. Bas yang dijanjikan adik gua naik tak sampai-sampai. Lebih 30 minit kot kami tunggu.

cilaka betul..!!

***

Akhirnya bas pun sampai dan proses salam menyalam, sepak menyepak, ludah meludah pun berlaku antara gua ngan adik gua.

*selamat jalan....!! babai donkey..!!" gua berseloroh..

***

Satu hal, kereta posche gua pulak tak nak hidup..!! arggg...!!

Dah la time tu orang pun kurang sebab gua parking kat area yang agak puaka. Gua agak ni mesti bateri buat hal. Confirm sebab bateri kereta ni tak pernah tukar lagi sejak keluar kedai. celaka..!! nak pegi beli bateri kat seben E pun tak jual. Bila agaknya Seben E nak juai bateri kereta pulak..??

*gua relax-relax dulu. Duduk main game ulaq sambil pekena rokok ngan ayaq kotak perisa nescafe..

"awat keta..??" bro Pendang menyapa

"oh..ya ya..tak taw laa..tiba-tiba tal leh start.." gua balas

"kes bateri kot..meh nak tengok-tengok.." bro Pendang

"boleh-boleh...sila tambah...!!" gua balas sambil suruh tambah nasi kenduri

"huh..konpom bateri kong..!!" bro Pendang..

*gua dah agak dah..takda prob lain punya kereta racing gua ni..

***

Tapi malang tidak berbau, kereta bro Pendang ngan kereta gua takda jumper nak blututh sikit kuasa beteri dari kereta bro Pendang ke kereta gua.

kami berdua carik akal...

"stop-stop..!!" bro Pendang menahan sebuah kereta VVip dengan gaya seorang samseng

Kereta VVIP tu macam tak nak berenti pulak..Yelaa!!..mana taw kan dia ingat kami nak rompak dia..dah lewat kot time ni..dah la muka bro Pendang macam ketua mafia.

"bang-bang..!! boleh tolong jap..?? keta kami rosak..ada jumper tak..pinjam..??" bro Pendang dengan bersungguh-sungguh mintak tolong..

Yang satu hal pulak, 'Datuk' sekor ni buat muka cam gampang pulak..!! blurr saja..mungkin dia tak taw kot jumper tu natang apa..cis..!!

"ada-ada..kejap eh.." 'Datin' jawab...

ehh..terbalik pulak..!! sepatutnya 'Datuk' la yang jawab..ni tak, 'Datin' plak..expert betul la 'Datin' ni..yang 'Datuk' ni boleh dok diam...cilaka..

***

akhirnya enjin turbo kereta gua pun memecah kesunyian malam itu..

Vroomm..Vroomm..Vroomm...!!

Lega rasanya..bro Pendang cakap small matter ja..gampang laa!! takat nak transfer bateri je pun..!!

Apa-apa pun gua nak ucapkan ribuan terima kasih kat bro Pendang tu sebab banyak bantu gua. Betul-betul terima kasih..!!

THANKS BRO...!! lain kali kalau terjumpa gua belanja makan keropok twisties perisa keju..

*tapi muka bro tu gua dah lupa la cmna..kah kah kah..

kat 'Datin" ngan 'Datuk' pun gua nak ucap terima kasih jugak sebab sudi bagi pinjam jumpering tu..

1 comment:

Powered By Blogger