oppss..!!
Salah statement disitu. Bukan kisah cinta gua sebenarnya, kisah cinta Mohd Udi si Romeo. Kawan karib gua kot kutu sekor neh..!!
Pada suatu hari yang indah....(celaka aku merepek disini)
Nak dipendekkan ceritanya, si Romeo sorang neh dah jatuh hati kepada si Juliet.
Makwe neh namanya Azrina. Boleh dikatakan makwe yang digilai oleh budak-budak kelas 6P.
Maksud P tuh ialah 6Putih sebab budak-budak yang berada dalam kelas semuanya putih-putih belaka kecuali Ammar si ketua kelas yang boleh dibawa kompromi. Hitamnya kalah Drogba..!! Time cikgu mesyuarat mula la nak tulis-tulis nama sapa yang bising bagi kat cikgu Lan. Celaka garang nak mampos Cikgu Lan!!.. Sebut saja nama cigku Lan time tuh mula la semua budak ketaq lutut. Tambah tambah lagi si Lutfi budak yang selalu dibuli.
Pernah suatu ketika tu budak-budak yang tak buat kerja mewarna kena mengadap Cikgu Lan. Celaka punya cikgu mewarna, sebab tak warna sikit ja pun tergamak dia hantar kami ngadap cikgu Lan..!! Apa lagi, sekoq-sekoq kena penampar la..!! Pedih la juga rasa penampar cikgu Lan tuh. Si lutfi tuu sampai boleh terkencing dalam seluar..!! celaka..!!
Cikgu Lan ne ialah cikgu disiplin merangkap penolong jurulatih team bolasepak sekolah gua. Asyik nak bergadoh saja dengan cikgu Syahidan nak jadi jurulatih utama team bolasepak.
Berbalik kepada cerita asal...Romeo and Juliet.
Azrina tu memang gua pn tak boleh sangkal laa..memang lawa. Dah la pelajar yang paling bijak dan pandai dalam kelas. Derek time peperiksaan dapt num satu. Cis!!..
Macam mana la dia boleh jatuh cinta dengan si Udi tuh..dah la lari 100 meter pun tak laju..!! main badminton pun tak pandai buat skil, alasan dia bagi badminton cap ayam..tali kendur. celaka..!! main bola pun selalu kena kad merah dan selalu kena perangkap offside..!! huh..!!
Cinta antara mereka berdua mula la berputik...saling mengutus utus surat..ayat cintan-cintun. Tulisan macam celaka lagi time tuh. Macam cakar ayam!!.. kira tulisan the best laa time tuh kan. Celaka..!!
Gua time tuh pegang watak orang tengah laa. Gua kan sahabat kepada si Romeo. apa-apa surat gua pn boleh baca sekali..hehehe. Berani si Udi tak bagi gua baca surat tu. Nak gua bagi penendang Bruce Lee kat muka dia..!! uh..
Port dating dekat pepustakaan. Tak pun kat kantin makan sekali nasi 6 kupang lauk daging kicap dengan ayaq oren bancuh dengan ayaq paip tak masak. Celaka punya brader bancuh ayaq!! Ingat gua tak taw ka...!!
Ada sekali tuh si Romeo p baca surat cinta belakang tandas yang berpuaka bawah pokok pisang. Kunun romentik laa..gua pun ada sekali time tuh..Dengan baju tak masuk dalam, kasut tak sapu kapoq putih, dompet ada rantai besi sangkut kat seluar. Kunun samseng..!! dalam dompet ada gambar Britney Spears, nyanyi lagu KRU dalam kelas..termasuk la gua...maklum la demam KRU time tu..
Sampai hari raya pun sanggup kayuh basikal racing handle stret ada gear sampai enam pergi rumah si Juliet. Dah la rumah Juliet tuh jauh nak mati. Lebih kurang 5 kali pusingan litar pasir Gudang. Dasyat sungguh ikatan cinta mereka time tuh. Yang jadi mangsa gua laaa..kena la gua follow jadi teman borak-borak samasa dalam perjalanan. Ada berani si Udi too nak pergi sorang-sorang. Gila meroyan apa..!!
Lepas UPSR si juliet melanjutkan pelajaran kat MRSM..Romeo pulak belajar kat sekolah paling top kat negari Kedah. Termasuk la gua...kami kan sahabat baik.
Cinta mereka berdua terputus ditengah jalan persekutuan. Nak kata tak direstui kedua dua ibu bapa, tak kot..!!
Sekarang gua dengar Juliet belajar kat Australia.

No comments:
Post a Comment