Kutu sekor neh sahabat gua la dari sekolah rendah dulu. Boleh dikatakan agak macho la juga. Selalunya kutu neh dress macam artis indonesia. Lu kenal Anang..?? Suami Kriss Dayanti laa..!! dressingnya persis macam sahabat gua neh. Kalau artis Malaysia, gua rasa sebijik macam Saleem. Cam gampang..!!
Malam neh gua cadang nak bawa keluar superbike gua saja. Malas nak pecut kereta sebab makwe-makwe selalu ngurat gua kalau gua drive kereta. Maklum la kereta Posche. Lagi-lagi kalau keluar dengan sahabat gua neh.
"hello sayang, ada mana..??" sahabat gua hantar kiriman sms.
"ada kat depan rumah sayang laa...!! cepat la kuaq..!! shitt..!!" gua balas kiriman tersebut.
*dah la pakai nunbor celcom..gua pakai maxis..abeh kredit gua nak bersms dengan makwe.
Sahabat yang gua maksudkan neh Hidayat Fahmi bin Saad. Perangai macam gampang juga la kutu sekor neh. Derek ngurat makwe yang jauh lebih tua. Tak ada taste seorang remaja langsung..!!
Gua malas nak masuk sampai kat depan rumah dia, sebab bapak dia selalu jemput makan nasi kalau pegi rumah dia. Kalau dah jemput makan tu, confirm la kena lepak kat rumah 5 ke 6 jam. Pukul berapa pulak nak gerak time tuh..!! uh
*Fared Bahtar selalu terkena. Pas tu mula la nak mengadu kat gua..!!
***

Lepas dah puas berclubbing kat Jalan Putra, gua cadang nak balik terus. Sebab gua dah penat seharian bekerja kot. Nak melayan dengan Majin Buu punya perangai lagi siang tadi. Letih mak..
Gua ambil jalan belakang Jitra-Kuala Pai sebab jalan shortcut tapi seram sikit la jalan belakang. Sampai rumah awal sikit kot dari ambil jalan depan. Dah la jalan depan macam celaka. Maklum la jalan tak siap lagi. Gua dengar desas- desus jalan tu nak siap tahun 2013.
***
Sampai saja rumah Dayat gua tengok jam dah dekat pukul 2 kot. Itu pun dia ajak gua masuk rumah dia lagi. Cilaka apa nak lepak rumah dia pagi-pagi buta neh..!! Len la rumah gua sebelah rumah dia. Boleh la gua masuk jap. Dah lalok ar tuh..tak apa, gua paham dayat hoi..!!
Dengan keadaban dan ketatatertiban, gua hulurkan salam tanda perpisahan antara dua orang sahabat. Gua pun bagi salam...
"Assalammualakum bro..ada apa-apa projek habaq kat aku noh..!!" gua cakap sambil tersengeh-sengeh.
"Waalaikumsalam..ukeh bro..!!" Dayat membalas dengan bermuka cam gampang.
"FUCK YOU..!!" gua tunjuk bahasa isyarat.
Gua dengan serta-merta cucuh rokok suria sebatang dan terus memecut laju pulang ke rumah. Cilaka apa bawa pelan-pelan time-time neh. Bukan ada roblok atau trafic jam pun..!!
Sampai kat selekoh tajam menuruni bukit berhampiran stor pemunggahan skrap..
POMM!! POMM!!
Superbike gua terasa kurang stabil di bahagian belakang.
Dengan pengalaman dan ilmu yang diajar oleh pakcik sekolah memandu dulu masih teguh dan terpateri terus didada gua, gua mengawal superbike gua dengan berhati-hati sambil membuat muka cuak.
"awat pulak neh..!!" gua berkata dalam hati.
"haramjadah tayar pecah la pulak..!! banggang betoi laa..!!" gua memaki hamun.
"time-time neh la nak pecah pun..!! nak buat cmna neh...?? jam pun dah pukoi dua..mana ada bengkel petronas sprinta bukak lagi time-time macam neh.." gua carik akal.
Gua pun meneruskan tunggangan perlahan-lahan walaupun sedikit cuak.
Gila tak cuak..!! dah pukoi bapa neh hah..!! gua sorang-sorang pulak tuh...!! John Rambo pun cuak time-time ni..
Sampai satu distinasi yang gua tak boleh bagitaw la kot. Kang lu tak berani lalu kat situ lagi kot malam-malam.
Gua ternampak satu bengkel yang maseh beroperasi.
"eh..mai mana pulak bengkel neh..?? selalu gua tengok macam bengkel tinggalan ja penuh dengan semak-samun..tup-tup clear pulak area bengkel neh..kemas plak tuh" gua mencari jawapan pasti.
"ahhh lantak laa..!!" gua peduli apa semua tuh..
Gua menuju ke bengkel tersebut dengan hati yang sangat lega. Gua lihat ada seorang brader sedang repair motor buruk kat dalam bengkel tuh. Gua slow-slow menghampiri brader tersebut.
***
"bro buat apa tuh..??" gua sapa.
"hm..ngah setting enjin, awat moto..?? rosak ka..??" brader tuh balas.
"aah..tayar pecah la pulak..hang boleh tolong tukaq tayar dalam tak..??" gua balas.
"lorr..boleh-boleh..jap..aku nak carik stok ada ke tak..hang duduk la dulu" brader.
Brader tuh menghulurkan kerusi kat gua. Gua pun duduk la sambil cucuh rokok lagi sebatang.
"hah..!! naseb bek ada stok lagi..tinggai ne ja.." brader
"okay la tuh, kira boleh la noh..??" gua jawab lega
***
Sambil brader tuh sibuk tukar tayar dalam superbike gua, gua borak-borak la sikit dengan brader tuh. Bual-bual kosong saja. Haramjadah, boleh pulak brader tuh sembang hantu pocong dengan gua time-time neh. cilaka..!! *tapi gua buat muka cool saja.
Selang beberapa minit, tayar superbike gua dah kembali pulih. Lega hati gua..!!
"siap...!!" brader
"dah siap ka..?? cepatnya hang tukaq..bapa ringgit..??" gua tanya.
"boleh laa..hmmm..sepatutnya 10riggit, tapi takpa la, aku kasi 5 cukup.." brader balas.
"ouh yaka..?? maseh laa.." gua hulurkan duit..
"hang bawa jaga-jaga sikit kat jalan Bukit Tampoi nuh..hang paham kan..??" brader memberi nasihat.
"okay-okay, yang hang neh dok sorang-sorang takpa ka..??" gua balas
"takpa laa..dah biasa..nak settlekan moto ne jap..!!" brader balas.
"okay la kalau camtu, aku gerak dulu yaa..terima kaseh" gua
"sama-sama" brader balas sambil tersenyum.
Gua apa lagi, pecut tak toleh belakang dah. Akhirnya sampai juga kat rumah. Leganya rasa. Gua terus masuk bilik tidur. *Makwe dah merajuk, sebab gua tak text dia tadi..sorry...
***
Keesokan harinya, gua bangun siap-siap nak pegi solat Jumaat. Gaya nak start superbike gua, gua tengok tayar masih tak ada angin. Baru ja tukar kot semalam. Hampeh betol brader neh..!!
Petang tuh gua pegi la ronda-ronda kat bengkel semalam. Tapi gua tunggang skuter kakak gua la pulak. Superbike gua tak pegi tukar tayar lagi kot. Sampai kat tempat bengkel semalam, gua tengok semak penuh kat pintu masuk bengkel tuh. Dengan besi-besi buruk, lalang-lalang lagi tinggi dari Siti Sarah. Naseb baik harimau belang tak buat rumah kat situ..
Apa lagi gua blah jela..!! tunggu bapak lagi..
*segala bulu yang berada kat badan gua meremang ketika munulis blog neh..

No comments:
Post a Comment